Rabu, 27 Mac 2013
Jamu Aku Dara (JAD) - 40 BIJI RM 48.00
JAMU AKU DARA ~ RM48
Produk Terlaris Di Pasaran!!!
Ciri – ciri: kapsul berwarna coklat tua
Ramuan herba: manjakani, akar serapat, belimbing bukit, garam supit, nenas bukit, kacip Fatimah, bunga pakma, rempah ratus, halia putih dan halia bara
Cara penggunaan:
1- Serius – 2 biji pagi 2 biji malam ( 1 botol untuk 10 hari)
2- Biasa – 2 biji sehari selepas makan ( 1 botol untuk 20 hari)
3- Maintain atau penjagaan harian – 1 biji 1 hari ( 1 botol 40 hari)
• Herba di makan selepas perut diisi.
SIAPA KAH YANG SESUAI UNTUK MENGGUNAKAN?
1- Wanita yang muda atau tua
2- Wanita yang faraj ternganga berlendir dan berair
3- Wanita yang mengalami keputihan
4- Wanita yang kerap jimak dan suami melepaskan air mani dalam faraj dengan kerap
5- Wanita sehabis bersalin
6- Wanita yang mengalami gatal – gatal dalam faraj
7- Wanita faraj berbau
8- Wanita yang kerap minum air batu
9- Wanita yang belom berkahwin
10- Wanita yang datang bulan tidak teratur
11- Wanita yang kuat berkerja
12- Wanita yang rasa becak atau basah dalam faraj
Chocolate Love Habibi (CLH)
Chocolate Love Habibi (CLH) ~ RM48.00
* Kerap sakit kepala,
* Badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab,
* Susah bangun tidur,
* Berat badan meningkat, kehadiran selulit,
* masalah jerawat, banyak angin dalam badan,
* keliling mata gelap dan lain2
Anda ada tanda2 ini?
Penyelesaiannya adalah dengan :-
Chocolate Love Habibi... JS
CLH ni akan merasa tindak bls sedemikian :
* Kerap Sendawa buang angin
* Melawaskn pembuangan, klu perut muncit tu kerap membuang akan mengempiskan perut anda
* Kerap kencing buang toksin dlm badan
* Mana kurang bernafsu tu jgn terkejut asik nak saja * Melancarkan sistem perjalanan darah dlm badan
* Melancarkan haid
* menghilangkan senggugut..
Rabu, 6 Mac 2013
Perkongsian dpd Berita Harian- NORMAL Atau PENYAKIT?
Normal atau penyakit?
Masalah keluaran lendir daripada faraj atau lebih dikenali sebagai keputihan, suatu yang lazim dialami wanita. Bagaimanapun, proses normal itu masih dianggap memalukan golongan itu. Jangan anggap remeh, sebaliknya ia petanda kepada jangkitan kuman seperti syphils dan gonorrhea.
Lebih parah lagi jika tidak dikawal dan dirawat sebaiknya tidak mustahil boleh menyebabkan kanser pada bahagian peranakan seperti kanser servik dan sebagainya.
Keputihan adalah proses perubahan hormon dan pembersihan sel mati dikeluarkan dari dalam lubang faraj. Secara biologi keputihan akan berlaku pada sekitarnya sebelum haid bagi setiap wanita.
Ia juga boleh berlaku dalam kalangan remaja tetapi agak jarang melainkan mereka mengambil ubat tertentu atau perubahan hormon.
Proses Semula jadi
Lendir pada faraj mempunyai tujuan tertentu termasuk melindungi sel daripada kerosakan dan kekeringan. Pengeluarannya tidak semestinya menandakan masalah atau penyakit merbahaya seperti dibayangkan wanita.
Dikeluarkan oleh sel dan kilang khas pengeluar lendir, keputihan dipengaruhi paras hormon iaitu estrogen dan progestron dalam darah wanita.
Statistik menunjukkan wanita hamil paling berisiko mengalami masalah keputihan disebabkan perubahan hormon dan menyebabkan jangkitan kulat kerana tempoh ini hormon estrogen akan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak glycogen.
Hormon estrogen juga akan menyebabkan kulat lebih senang melekat pada dinding faraj.
Dianggarkan hampir 80 peratus wanita hamil mungkin mengalami masalah keputihan.
Keadaan fisiologi atau biasa itu juga boleh berlaku ketika wanita melakukan persetubuhan dan ketika naik nafsu syahwat. Dalam keadaan itu, lendir terhasil daripada kilang lendir terletak pada bibir faraj.
Ia boleh berlaku akibat gangguan jiwa seperti marah atau sedih dan keletihan yang amat sangat. Tidak kurangnya, wanita bekerja yang lebih tenaga juga tidak terkecuali berhadapan keputihan.
Implikasi keputihan
Pada kebiasaannya, lendir dikeluarkan daripada faraj tidak berbau, jernih dan tidak gatal. Jika keadaan sebaliknya berlaku, keputihan juga boleh menandakan penyakit pada faraj dan sistem peranakan.
Dalam keadaan itu, lazimnya lendir terhasil berwarna putih pekat seperti bernanah, busuk dan sering gatal pada sekeliling faraj.
Penghasilan lendir seperti keju, kekuningan dan coklat bercampur darah juga tanda perlu diawasi kerana ada kemungkinan jangkitan kuman berlaku seperti jangkitan kulat candidiasi, kuman tricomona, chlamydi dan gardneralla dan bacterial vaginosis.
Setiap satu jangkitan masing-masing mempunyai tanda berbeza dan bau tertentu, antara rasa gatal pada kawasan sulit, keputihan berbau, tidak selesa bersama suami dan perlu mengenakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendir dan radang pada kemaluan.
Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan keputihan cuma lendir biasa dan bukan disebabkan jangkitan.
Ganggu hubungan seks
Faraj mengandungi bakteria semula jadi iaitu bacillus asidofilus menghasilkan asid lactat bertujuan melindungi faraj daripada kemasukan atau serangan kulat dan kuman.
Kadangkala pembiakan kuman asidofilus meningkat hingga mengakibatkan pengeluaran cecair putih kekuningan dan berbau masam. Bau tidak menyenangkan juga boleh berlaku akibat tindak balas bakteria terhadap peluh pada bahagian kemaluan.
Biarpun masalah lendir itu tidak memberi kesan pada kesuburan wanita tetapi implikasinya hubungan seksual antara suami isteri pasti terjejas apabila masalah keputihan teruk dan berbau hingga mengurangkan keinginan hubungan intim.
Sehubungan itu, radang pada kawasan sulit juga membuatkan pasangan terasa sakit dan tidak selesa ketika bersama. Walaupun keputihan tidak dikategorikan sebagai penyakit kelamin menular, tapi masalah itu boleh mengakibatkan kesan jangkitan pada suami termasuk kesakitan ketika hendak membuang air kecil dan sebagainya.
Oleh itu, bagi mengatasi masalah itu wanita boleh mengambil langkah pencegahan seperti mengamalkan makan sayur-sayuran hijau dan dadih yang mengandungi lactobasillus.
Untuk masalah radang pula digalakkan kerap menukar seluar dalam dan pilih kualiti diperbuat daripada kain kapas dan sedikit longgar.
INFO
* Keputihan atau lelehan lendir yang keluar daripada faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara wanita.
* Biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan.
* Jika keputihan tidak berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.
* Pangkal uterus juga mengeluarkan lendir dengan tujuan mencantumkan benih lelaki (sperma) dan perempuan (ovum) dalam proses persenyawaan.
* Lendir dikeluarkan menghasilkan tenaga dan makanan kepada sperma bagi tempoh persenyawaan berlaku.
* Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, perlu jalani ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.
* Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon dan perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.
* Keputihan dianggap bermasalah seandainya ia keluar terlalu banyak, berbau busuk, hanyir dan menyebabkan bahagian sulit berasa gatal atau radang.
Langgan:
Catatan (Atom)